13 November 2026 (Jumaat); Dewan Akasia U12, Shah Alam
Alhamdulillah, selesai sudah perlawanan Liga Futsal DOSM Selangor 2026 yang melibatkan enam (6) pasukan, terdiri daripada lima (5) pasukan dari Shah Alam dan pasukan Pejabat Perangkaan Gombak selaku pasukan jemputan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Tidak dilupakan, ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Encik Barshah, Ketua Penolong Pengarah DOSM Selangor atas sumbangan hadiah bagi perlawanan ini.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Encik Hazim, Ketua Pejabat Perangkaan Gombak, yang turut hadir memeriahkan acara dan menyertai perlawanan tersebut.
![]() |
| pasukan 'bapak-bapak' dari PPG tanpa disangka berjaya meraih tempat ketiga |
Semoga penganjuran aktiviti riadah seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform untuk mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat berpasukan dan menyemarakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga DOSM Selangor.
Kredit : Talib Mansor





