Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Statistik Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di Pejabat Statistik Gombak. _________________________________________________________________________________________

21 Nov 2026

Selamat Pengantin Baru Akmar & Alia

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

21 November 2026 (Sabtu) - Ucapan Selamat Pengantin Baru kepada anggota PPG, Akmar Harfizi bin Adanan yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hati beliau, Nur Hamaliah binti Mohd Noor yang juga merupakan anggota PMS di PPG. 

Majlis telah dilangsungkan di kediaman pengantin perempuan di Kampung Keluarga Bahagia, Jalan Benut, Simpang Renggam, Johor.


Seluruh warga PPG mengucapkan selamat melayari bahtera rumahtangga kepada Akmar & Alia. Semoga rumah tangga kalian sentiasa diberkati Allah SWT,  kekal berbahagia hingga ke akhir hayat dan hingga ke syurga, serta dikurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah. Aamin Ya Rabbal 'Aalamiin.

Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wa jama‘a bainakuma fi khair. 

Baca selanjutnya...

14 Nov 2026

Liga Futsal DOSM Selangor 2026

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

13 November 2026 (Jumaat); Dewan Akasia U12, Shah Alam

Alhamdulillah, selesai sudah perlawanan Liga Futsal DOSM Selangor 2026 yang melibatkan enam (6) pasukan, terdiri daripada lima (5) pasukan dari Shah Alam dan pasukan Pejabat Perangkaan Gombak selaku pasukan jemputan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Tidak dilupakan, ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Encik Barshah, Ketua Penolong Pengarah DOSM Selangor atas sumbangan hadiah bagi perlawanan ini.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Encik Hazim, Ketua Pejabat Perangkaan Gombak, yang turut hadir memeriahkan acara dan menyertai perlawanan tersebut.




pasukan 'bapak-bapak' dari PPG tanpa disangka berjaya meraih tempat ketiga



Semoga penganjuran aktiviti riadah seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform untuk mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat berpasukan dan menyemarakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga DOSM Selangor.

Kredit : Talib Mansor
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab Pejabat Statistik Gombak (KPSG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.